My Add

Wednesday 23 November 2011

Jumpa lagi di Myanmar 2013.

PERSEMBAHAN bunga api di upacara penutup di Palembang
RABU, 23 November, 2011:
KITA bangga kpntijen Malaysia mampu tunjuk handal dan mencipta nama pada temasya Sukan SEA Indonesia di Jakarta dan Palembang.

Nyata kejayaan kontingen Malaysia meraih 59 pingat emas, 50 perak dan 82 gangsa pada Sukan SEA XXVI yang menutup tirai, semalam sebagai antara pencapaian terbaik di luar Kuala Lumpur.

Dengan kejayaan itu sekali gus mengatasi sasaran 40-45 emas Majlis Sukan Negara (MSN).

“Selepas pencapaian 68 emas di Korat 2007, ini adalah antara pencapaian terbaik kontingen kita di Sukan SEA yang juga mengatasi pencapaian 40 emas di Laos dua tahun lalu,” kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong pada sidang media di Palembang, semalam.

Upacara penutup temasya di Palembang, malam tadi penuh berwarna, tetapi nota pilu tercatat berikutan kematian dua orang ketika terperangkap dalam lautan ribuan penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Indonesia menentang Malaysia di Jakarta, kelmarin. 

Myanmar akan menjadi tuan rumah berikut pada 2013.

No comments:

Post a Comment