My Add

Wednesday 23 November 2011

Biro Pengaduan Awam Melaka/NS buka kaunter bergerak

REMBAU, RABU, 23 November, 2011:
BIRO Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Rembau akan membuka kaunter aduan bergerak bersepadu di Rembau pada 30 November ini. 

Menurut kenyataan BPA Melaka/Negeri Sembilan, kaunter aduan tersebut akan dibuka di Dewan Seri Rembau, di sini, pada hari berkenaan mulai jam 8 pagi hingga 2 petang.
Program ini bagi memberi peluang kepada orang ramai menyuarakan ketidakpuasan hati dan membuat aduan terhadap sebarang tindakan pentadbiran kerajaan.

Sehubungan itu, mereka yang ingin berurusan dikehendaki membawa kad pengenalan serta dokumen sokongan mengenai aduan yang hendak dikemukakan. 

Bagi mereka yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung program yang diadakan boleh menghubungi pihak BPA Melaka/Negeri Sembilan di talian 06-2345890. 

Orang ramai yang ingin membuat aduan melalui surat tidak perlu menyertakan setem dan menghantarnya ke alamat di Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri, Aras 2, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment