My Add

Thursday 17 November 2011

Keputusan Tsu Koon tak bertanding harus diterima - Muhyiddin

KHAMIS, 17 November, 2011: Hasrat Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang harus diterima oleh semua pihak, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dengan keputusan itu, Gerakan sebagai salah satu komponen penting dalam Barisan Nasional (BN) dapat memberi tumpuan yang lebih kepada usaha untuk memastikan kemenangan bagi kerusi yang ditandingi calon parti itu, katanya lagi.

"Mungkin beliau telah mengambil kira pandangan ahli yang pernah juga disuarakan semasa Perhimpunan Agung (Gerakan) baru-baru ini yang mahu Koh menumpukan kepada usaha mencapai kemenangan bagi calon lain,” kata Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai keputusan Tsu Koon itu lapor Bernama.

Beliau berkata, BN amat menghargai jasa dan perkhidmatan yang telah dicurahkan Tsu Koon kepada parti dan kerajaan selama ini. 

No comments:

Post a Comment