My Add

Thursday 17 November 2011

Ketepikan fahaman politik bantu mangsa banjir: Sultan Pahang

KHAMIS, 17 November, 2011: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik dalam membantu mangsa banjir yang dijangka melanda Pahang bermula bulan ini hingga Mac tahun depan.

Menurut Bernama, baginda bertitah semua pihak dan individu mesti bergerak dan bekerja sebagai satu pasukan tanpa mengira bangsa dan agama membantu serta menyampaikan bantuan kepada mangsa.

"Kita semua mesti bekerja sebagai satu kumpulan dan perbezaan fahaman politik harus kita letakkan di tepi ketika membantu rakyat menghadapi kesulitan dalam menghadapi musibah banjir,” titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri taklimat persiapan banjir di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

Baginda berpuas hati dengan segala persiapan menghadapi bencana itu di peringkat negeri dan daerah, termasuk daripada segi pangkalan hadapan, bekalan makanan dan logistik. 

No comments:

Post a Comment