My Add

Friday 18 November 2011

Kerajaan Kedah diminta henti projek tak menguntungkan

KHAMIS, 17 November, 2011: Kerajaan Kedah diminta menghentikan projek-projek usahasama sekiranya tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang diceburi agar tidak membazirkan wang rakyat.

Mohd. Tajuddin Abdullah (BN-Belantik) juga menasihatkan kerajaan negeri menilai kemampuan serta melihat latar belakang syarikat-syarikat yang dipilih untuk mengadakan usahasama dengan syarikat-syarikat miliknya, lapor Bernama.

Menurutnya projek ternakan ikan keli di Sungai Pau, Sik, usahasama Perbadanan Menteri Besar (MBI), Kedah Agro dengan Novel Ventures Sdn. Bhd. kerugian lebih RM397,000 bukanlah yang pertama dialami anak syarikat kerajaan negeri.

Dalam soalan tambahan beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini berhubung projek tersebut, Mohd. Tajuddin mempersoalkan kewajaran projek itu diteruskan kerana setelah dua tahun belum membuahkan hasil.

Beliau berkata yang berlaku ialah pengambilan pasir di Sungai Pau menyebabkan tebingnya runtuh manakala balak di kawasan persekitaran ditebang. 

No comments:

Post a Comment