My Add

Sunday 13 November 2011

Kerajaan sentiasa usaha atasi pengangguran graduan

Maznah Mazlan
AHAD, 13 November, 2011: Kerajaan sentiasa melakukan pelbagai usaha bagi mengatasi masalah pengangguran terutama di kalangan graduan di negara ini walaupun ia berada pada tahap yang tidak membimbangkan.

Bernama memetikTimbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan sebagai  berkata, kadar pengangguran ketika ini adalah pada tahap 3.2 peratus dan kadar pengangguran di bawah empat peratus adalah kadar yang biasa.

“Suku yang lepas 3.1 peratus...naik 3.2 peratus sekarang ini bila graduan keluar. Sewaktu krisis ekonomi 2008-2009, ia naik dekat empat peratus. Dalam masa setahun dengan inisiatif kerajaan lepas tu turun hingga sekarang.

“Kalau kita bandingkan dengan Amerika Syarikat, Jerman dan Australia...(kadar pengangguran) berganda,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ceramah sambil makan tengah hari antara Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Multinasional dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri di Kedah di sini hari ini.

Katanya, banyak perancangan diadakan untuk graduan bagi mengelakkan pengangguran yang bukan hanya dilakukan oleh kerajaan tetapi juga oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat swasta.

Maznah berkata, bagaimanapun, sikap terlalu memilih kerja di kalangan rakyat di negara ini terutamanya graduan menyebabkan masalah pengangguran masih berlaku.

No comments:

Post a Comment