My Add

Thursday 10 November 2011

KR1M beri tekanan pasar raya, peruncit turunkan harga

KHAMIS, 10 November, 2011: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mula memberi tekanan kepada pasar raya besar dan peruncit-peruncit untuk menurunkan harga barangan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim.

Katanya, ini kerana barangan yang dijual di KR1M adalah lebih murah berbanding harga di premis lain hasil pemerhatian terhadap jenama pilihan pengguna sejak lima bulan lepas, lapor Bernama.

"Inilah yang berlaku sekarang. Penjualan barangan yang lebih murah di KR1M berjaya memberi tekanan kepada pasar raya besar dan peruncit. Akhirnya golongan pengguna yang mendapat faedah,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Rohani, penjualan barangan di KR1M tidak tertakluk kepada diskaun tetapi harga yang ditetapkan lebih rendah daripada harga pasaran iaitu antara 10 hingga 40 peratus.

Rohani turut mengucapkan terima kasih kepada tiga anggota Parlimen pembangkang yang dikatakan turut memantau harga barangan serta operasi KR1M yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

No comments:

Post a Comment