My Add

Wednesday 9 November 2011

Kumpulan Wang Luar Jangka RM1.4 bilion tidak lesap

RABU, 09 November, 2011: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin hari ini menolak dakwaan bahawa sejumlah RM1.4 bilion daripada dana Kumpulan Wang Luar Jangka 2010 telah lesap.

Katanya, jumlah sebenar bagi 2010 telah pun diisi semula dan diselaraskan melalui Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2011 pada sesi Mac/April tahun ini.

"Ini betul-betul sama ada mereka tidak faham atau penyelewengan fakta kepada rakyat Malaysia yang menampakkan seolah-oleh kerajaan melesapkan RM1.4 bilion ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa dana Kumpulan Wang Luar Jangka RM1.4 bilion telah lesap daripada RM1.5 bilion yang diperuntukkan pada 2010.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimenhari ini, Awang Adek berkata, dana itu disalurkan kepada kementerian-kementerian yang memerlukan peruntukan tersebut, lapor Bernama.

Kementerian Kewangan diberi kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan untuk berbuat demikian dan perlu dibahaskan kemudian di Parlimen mengenai perbelanjaan yang dilakukan.

"Menteri diberi kuasa membelanjakan wang itu terlebih dahulu tetapi perlu dibentangkan di Parlimen kemudiannya.”

"Jumlah yang dikeluarkan bagi 2010 sebanyak RM1,420,852,300 telah pun dibentangkan di Parlimen pada sesi Parlimen 7 Mac 2010 hingga 7 April 2010 sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2010.

“Maka jumlah tersebut telah diperolehi semula dan ditambah balik dalam dana Kumpulan Wang Luar Jangka,” katanya. 

No comments:

Post a Comment