My Add

Wednesday 23 November 2011

Muhyiddin di Kelantan hari ini

RABU, 23 November, 2011:
Tan Sri Muhyiddin Yassin memulkan lawatan kerja sehari ke Kelantan hari ini untuk bertemu rakyat.

Timbalan Perdana Menteri akan melawat ke lima tempat berasingan di empat daerah selepas bermesuarat dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Selepas itu, beliau akan menghadiri Majlis Penyampaian Cek dan Sijil Bantuan Kerajaan Persekutuan Bersama Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Lembaga Pengelola Sekolah di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di Kota Bharu.

Muhyiddin kemudian ke Madarasah Tahfiz al-Quran al-Ismailiah (Matais), Padang Kampung Tok La, Pasir Mas untuk menyampaikan sumbangan bagi membina bangunan baru untuk pusat pendidikan itu.

Beliau akan menunaikan solat Zohor di Masjid Ubudiah, Kampung Belimbing Bukit Panau dan menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh, Tanah Merah.

Sebelum pulang, beliau ke Sekolah Kebangsaan Machang II, Machang  menyampaikan replika cek bantuan awal persekolahan kepada pejabat-pejabat pelajaran daerah dan bertemu dengan rakyat di dearah tersebut.

No comments:

Post a Comment