My Add

Saturday 12 November 2011

Najib tiba di Hawaii hadiri sidang kemuncak APEC


NAJIB Razak (dua kanan) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Honolulu, Hawaii, semalam bagi menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung di Amerika Syarikat buat pertama kali sejak 1993. - Foto AFP 


SABTU, 12 November, 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Honolulu, Jumaat bagi menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). 

Diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri yang menaiki pesawat khas, tiba di Pangkalan Tentera Udara Hickam berhampiran Pearl Harbour pada jam 3.45 petang semalam waktu tempatan.

Menurut Bernama, Ketibaan beliau dan isteri disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Datuk Seri Jamaludin Jarjis serta isteri masing-masing.

Najib juga dijadualkan menghadiri mesyuarat sulung pemimpin Pakatan Trans-Pasifik sembilan ahli pada Sabtu, yang akan dihoskan Presiden Amerika, Barack Obama. 

Sidang kemuncak APEC akan bermula pada Ahad dengan pemimpin terbabit dijangka memberi fokus terhadap usaha ke arah memperkukuh integrasi serta pertumbuhan ekonomi dan pembangunan serantau. 

Sebahagian daripada jadual asal Perdana Menteri, termasuk pertemuan dua hala beliau dengan Presiden Mexico, Feliope Calderon pada Sabtu, dibatalkan apabila pemimpin Mexico itu membatalkan kedatangannya ke Hawaii berikutan kematian Menteri Dalam Negeri, Jose Francisco Blake Mora dalam nahas helikopter awal hari ini. 

No comments:

Post a Comment