My Add

Sunday 6 November 2011

Berita palsu cubaan buruk imej Najib


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan solat Subuh di Masjidil Haram Jumaat lalu, sebelum berangkat menunaikan wukuf bersama jutaan jemaah haji dari serata dunia di Padang Arafah. Najib  dan rombongan dijangka berada di Tanah Suci selama 10 hari  dan dijadual kembali ke tanah air, Rabu ini. - Foto BERNAMA
NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan solat Subuh di Masjidil Haram Jumaat lalu, sebelum berangkat menunaikan wukuf bersama jutaan jemaah haji dari serata dunia di Padang Arafah. Najib dan rombongan dijangka berada di Tanah Suci selama 10 hari dan dijadual kembali ke tanah air, Rabu ini. - Foto BERNAMA
                                 
Oleh Syed Azwan Syed Ali
AHAD, 06 November, 2011: Laporan tidak tepat media asing mengenai kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak dan mengaitkan ahli keluarganya berkemungkinan didalangi pihak tertentu yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri melalui 'serangan karektor' bertujuan memberi persepsi negatif melalui penyebaran berita palsu tidak berlandaskan fakta dan sumber sahih.

Menurut laporan Berita Harian, tindakan itu dilakukan pihak tertentu bagi meraih sokongan rakyat selepas usaha melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dari dalam negara menemui jalan buntu.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr P Sivamurugan, berkata kecenderungan media asing melaporkan berita tidak disahkan kesahihannya sejak kebelakangan ini tanpa membuat semakan pengesahan dengan pihak terbabit menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan media luar negara.

“Ini soal etika dan integriti media itu apabila membuat laporan negatif terhadap kepemimpinan negara lain yang tentunya boleh menjejaskan hubungan dua hala negara terbabit. Media perlu membuat semakan apabila menerima maklumat daripada pihak yang mungkin ada niat tidak baik ke atas kepemimpinan negara (Malaysia).

“Saya kira perkembangan sejak kebelakangan ini menunjukkan usaha pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif kepada Perdana Menteri. Ini kerana penyebaran berita palsu bukan mengenai benar atau salah laporan itu, tetapi bertujuan untuk membina kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap sesuatu isu,” katanya semalam.

Beliau mengulas laporan tidak tepat beberapa media asing mengenai kepemimpinan Najib yang turut mengaitkan ahli keluarganya sebelum media terbabit membuat permohonan maaf kerana terbukti laporan dibuat adalah fitnah dan palsu. 

Terbaru, Akhbar Australia, The Western Australian pada Khamis lalu menyiarkan pengakuan kesilapan laporannya Isnin lalu berhubung dakwaan anak perempuan Najib membelanjakan AS$60,000 (RM195,000) membeli belah di negara itu ketika bapanya menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth.

Insiden sama berlaku awal Ogos lalu apabila akhbar Indonesia, Kompas, mengeluarkan laporan mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan syarikat perniagaan yang dinafikan kebenarannya dan cincin berlian berharga AS$24 juta yang sebenarnya tidak dipesan Rosmah serta mendakwa bakal besan Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

Bagaimanapun, Kompas membuat permohonan maaf menerusi akhbar berkenaan kepada Najib dan keluarganya pada 21 Ogos lalu selepas menyedari laporan itu berunsur fitnah dan menghantar wakilnya ke Putrajaya bagi meminta maaf secara peribadi kepada Perdana Menteri.

Sivamurugan berkata, jika diteliti, laporan itu juga membabitkan media di negara di mana Malaysia mempunyai hubungan “turun naik”, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai cubaan pihak tertentu memberikan gambaran negatif kepada kepemimpinan Najib yang berjaya membaiki hubungan dua hala dengan negara terbabit.


Perdana Menteri selesai tunai ibadat haji


Najib dan isteri selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain.

"Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia.

Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini.

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. 

No comments:

Post a Comment