My Add

Monday 7 November 2011

Waspada dengan pihak tertentu fitnah Gagasan 1Malaysia

AHAD, 06 November, 2011: Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan pihak tertentu yang cuba menabur fitnah dan tohmahan terhadap Gagasan 1Malaysia demi agenda tersendiri mereka. 

Beliau berkata, meskipun sedar tentang kebaikan gagasan itu, ada pihak yangmelontarkan pandangan negatif terhadapnya dengan menyatakan ia membantut usaha membina sebuah negara yang aman dan sejahtera, lapor Bernama

"Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukanlah satu impian kosong tetapi ia adalah arah tuju negara dalam semua aspek demi menjaga dan memelihara kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran negara. 

"Inisiatif 1Malaysia ialah menyatupadukan rakyat dan ia tiada kena mengena dengan bangsa atau agama," katanya ketika menutup Program Bina 1Malaysia di Shah Alam, hari ini. 

Program itu dianjurkan bersama oleh Institut Perkembangan Minda, Pertubuhan Kesenian dan Kebudayaan India Malaysia, Kelab Bell Tamil Malaysia dan Persatuan Penduduk Taman Seri Muda. 

Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk memelihara budaya masyarakat India menerusi pelbagai aktiviti seperti pertandingan kabadi dan mereka cipta lukisan "Kolam". 

No comments:

Post a Comment