My Add

Saturday 12 November 2011

Parlimen tak bubar, spekulasi tal jadi kenyataan: Najib

SABTU, 12 November, 2011: Datuk Seri Najib Razak semalam, secara berseloroh berkata, spekulasi tersebar beliau akan membubarkan Parlimen pada 11.11.11 tidak akan menjadi kenyataan. 

Perdana Menteri yang mempengerusikan Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebelum memulakan sesi sidang media, lantas   meredakan khabar angin itu, lalu berkata: "Tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan."

Beliau yang juga Pengerusi BN, berkata mesyuarat semalam hanya membincangkan langkah untuk memantapkan parti itu, selain persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Tiada perbincangan mengenai pengagihan kerusi atau mengenai tarikh kemungkinan pilihan raya akan diadakan," katanya di Kuala Lumpur, semalam. 

Turut hadir pada mesyuarat selama kira-kira dua jam itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas.

No comments:

Post a Comment