My Add

Thursday 24 November 2011

Pas, UMNO bersatu isu royalti lebih mudah – TPM

KOTA BHARU, KHAMIS, 24 November, 2011: 
TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Pas Kelantan akan dapat diselesaikan dengan lebih mudah sekiranya Pas dan UMNO berada dalam ‘pasukan’ yang sama biarpun ia melibatkan proses perundangan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kerajaan Pusat memang serius untuk menyelesaikan isu tersebut dan ia telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Dalam isu royalti, jawapan yang paling mudah daripada saya ialah, kalau dua-dua (Pas dan UMNO) duduk sekali ia akan dapat diselesaikan dengan mudah tetapi jika duduk di sana, satu duduk di sini payah untuk kita selesaikan.

“Kami di peringkat Pusat bertimbang rasa walaupun soal royalti masih belum ada keputusan muktamad yang dikemukakan oleh kerajaan negeri dan ia dibincangkan dalam Kabinet.

“Tetapi tidak bermakna tanpa royalti program-program pembangunan untuk rakyat Kelantan terbatal atau kita lupakan pembangunan, cuma soalnya, isu ini berkaitan dengan perundangan dan perlembagaan tetapi proses ini mudah jika Pas dan UMNO duduk dalam pasukan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada sesi dialog Majlis Perjumpaan Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini, semalam. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment