My Add

Thursday 10 November 2011

Pembangkang dicabar jadikan agenda Buku Jingga

KHAMIS, 10 November, 2011: Pakatan pembangkang dicabar menjadikan polisi mengurangkan jumlah kakitangan awam sebagai salah satu agenda Buku Jingga, manifesto yang akan dilaksanakan jika pakatan itu menerajui Putrajaya.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Kong Youn berkata, langkah itu penting untuk memberi gambaran lebih jelas kepada rakyat mengenai dasar yang menjadi perjuangan pakatan pembangkang sekiranya berkuasa kelak.

Menurut beliau, sejak cadangan mengurangkan penjawat awam dibangkitkan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini, wujud percanggahan dalam pakatan pembangkang sehingga menimbulkan kekeliruan.

''Selepas beberapa hari Tony mengeluarkan kenyataan dan kemudiannya dikecam oleh penjawat awam serta kesatuan pekerja, beliau tiba-tiba mengatakan ia pandangan peribadi semata-mata, lapor Utusan Malaysia.

''Apa yang mengelirukan ialah pada hari yang sama, akhbar turut menyiarkan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengatakan memang niat pembangkang untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam jika mereka berjaya menawan Putrajaya," katanya.

Ko Youn berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bernilai RM11,000 kepada empat badan bukan kerajaan (NGO) sekitar Perak di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tony yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Ko Youn yang juga Penasihat Khas kepada Menteri Besar Perak menegaskan, pakatan pembangkang seharusnya menyatakan pendirian dan dasar mereka dengan sebulat suara berhubung isu terbabit.

''Kenapa dasar mengurangkan bilangan penjawat awam itu tidak dimasukkan dalam Buku Jingga. Tindakan terbaru ini bagi saya hanyalah permainan politik untuk memancing undi masyarakat Cina.

''Dalam politik, sebarang dasar yang ingin diperkenalkan kepada rakyat perlulah bergerak seiring dan konsisten serta difahami oleh rakyat, bukan hanya bercakap seronok sendiri," tegasnya.

No comments:

Post a Comment