My Add

Tuesday 8 November 2011

Perkukuh kerjasama banteras salah guna dadah - TPM

MUHYIDDIN (tiga dari kiri) merasmikan buku 30 Years of IFNGO pada Majlis IFNGO 24th World Conference di Hotel Crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad


SELASA. 8 November, 2011: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengajak pertubuhan dan masyarakat antarabangsa memperkukuhkan kerjasama bagi membanteras penyalahgunaan dadah berikutan meningkatnya ancaman buruk dadah terhadap masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sangat penting bagi pertubuhan dan masyarakat antarabangsa untuk terus bekerjasama untuk mengenal pasti dan menyediakan mekanisme kerjasama serta inisiatif-inisiatif bagi menangani cabaran-cabaran rumit isu dan penyalahgunaan dadah, lapor Bernama.

"Meskipun telah banyak tindakan dilakukan, kita pasti lebih banyak usaha seumpamanya diperlukan. Kita mesti memperkukuhkan tindakan serta menggiatkan segala usaha secara agresif untuk membanteras dan menghapuskan penyalahgunaan dadah di kedua-dua peringkat individu dan antarabangsa.

"Hari ini, penyalahgunaan dadah jenis baru dan yang lebih kuat telah wujud.

"Generasi belia serta penduduk yang terpinggir atau mudah terjejas kekal berisiko,” kata beliau semasa merasmikan persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi Pencegahan Dadah dan Penyalahgunaan Bahan Larangan (IFNGO) ke-24 di Kuala Lumpur.  

No comments:

Post a Comment