My Add

Wednesday 9 November 2011

PM akan umum 12 EPP berasaskan ICT akhir tahun ini

RABU, 09 November, 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 12 Projek Permulaan (EPP) baharu berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang akhir tahun.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, 12 EPP menerusi inisiatif Digital Malaysia itu dijangka menjana RM60 bilion pendapatan negara kasar (PNK) hingga 2020, lapor Bernama.

"Separuh daripadanya sudah dihubungkan dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA),” kata Maximus kepada pemberita selepas melancarkan Fuji Xerox DocuWorld 2010 serta ulang tahun ke-45 syarikat itu di sini hari ini.

Beliau berkata, nama khusus EPP baharu itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada pelancaran itu.

Maximus berkata, tujuan utama Digital Malaysia ialah menyelaraskan semua pelaburan dan pertumbuhan dalam subsektor teknologi maklumat dan komunikasi.

No comments:

Post a Comment