My Add

Wednesday 9 November 2011

Apa motif DAP yang sebenarnya?

Adakah DAP mahu biar rakyat menganggur?, tanya CUEPACS

RABU, 09 November, 2011: Kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya 'diundi' sebagai pemerintah negara selepas polihanraya umum ke-13 tidak ubah macam cerita Mat Jenin.

Tony Pua berangan-angan tinggi diselubungi seribu satu khayalan yang indah serta measyikkan mahu bersantai menjamah percekan air tasik Putrajaya.

Atau mungkin Tony Pua kerap bermimpi siang hari, DAP makian mampu mencapai awan biru Putrajaya?

Buat apa cakap dulu perkara yang belum tentu hujung pangkalnya.

Pastikan DAP atau sekutunya menang dahulu PRU ke-13. Jangan jadi macam si Luncai terpaksa terjun dengan labu-labunya.

Jangaan buat rakyat keliru. Usah harap, buat kenyataan bukan-bukan, belum tentu rakyat boleh  terpengaruh dan sokong buta tuli.

Rakyat tambah keliru serta takut. Ingat ramai penjwat awam layak mengundi. Jadi, apa untungnya? Rugi ada. Jangan silap strategi, nanti  secupak sudah dikendong, segantang yang dikejar berciciran tak dapat, DAP juga yang rugi..

Barangkali itulah motif Tony Pua yang senebarnyya. Atau dia disuruh 'tuannya' buat kenyataan begitu. Nak test market ke?
Abu Bakar 
Sekarang, sebagai rakyat. kita pula nak tanya sikit: Apakah DAP sudah yakin benar boleh menang pilihan raya umum ke-13?

Cuba jelaskan secara terbuka tujuan sebenar DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam?

Adakah DAP sudah memikirkan implikasi besar yang bakal berlaku kepada negara pada masa hadapan?

Adakah DAP bercadang nak biar rakyat menganggur?

Penjawat awam yang mana satu pula hendak dikurangkan? Tentera? Polis? Guru? Doktor? Yang mana satu?

Apakah DAP tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang?

Mengapa DAP cenderung sangat mempolitikkan semua perkara termasuklah isu seperti itu?

DAP perlu mengutamakan hal ehwal kebajikan penjawat awam, bukannya membuat rakyat derita dengan 'menghadiahkan' status penganggur kepada mereka, jika DAP benar-benar parti yang jitu untuk membangun dan mentadbir negara,

Tergambar, apa yang DAP mahu lakukan itu membuktikan pemikiran kepemimpinnya bersifat jumud dan jauh ke belakang.

Mengapa DAP tidak menjelaskan apa tindakannya bagi membantu penjawat awam yang ditamatkan perkidmatan.

Demikin antara beberapa perkara belum berjawab daripada kenyataan Tony Poa itu sehingga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sendiri mempersoalkan tujuan sebenar DAP.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan penjelasan Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah tentang penjawat awam, bahawa jumlah yang sedang berkhidmat sekarang adalah ideal dengan nisbah penduduk negara ini.

Katanya, jika cadangan tersebut dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dalam proses penyampaian perkhidmatan terutamanya dalam bidang kritikal.

"Bila bilangan penduduk negara makin bertambah maka perkhidmatan awam juga seharusnya wajib ada dan mencukupi. Sebagai contoh doktor, tidak mungkin kita hendak kurangkan bilangan mereka.

"Jadi bila mereka kata nak kurangkan penjawat awam yang mana satu hendak dikurangkan? Tentera? Polis? Guru? Doktor atau yang mana satu?" soal beliau.

Omar Osman
Mengulas kenyataan itu, Abu Bakar berkata, DAP juga tidak perlu risau mengenai pertindihan bidang tugas sesebuah jabatan atau pun agensi kerajaan kerana pihaknya sentiasa memantau dan membaiki keadaan tersebut.

"Sekarang kita sedang lakukan kajian di mana terdapat pertindihan tugas dan fungsi tugas akan diselaraskan namun, ia tetap mengambil masa untuk dilaksanakan sepenuhnya.

"Misalnya kita tidak tambah bilangan polis untuk kerja-kerja pengurusan sebaliknya pelantikan diambil daripada penjawat awam," katanya.

Adakah DAP mahu biar rakyat menganggur?, tanya CUEPACS 

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, hasrat DAP itu membuktikan pemikiran barisan pemimpin DAP bersifat jumud dan jauh ke belakang.

"Saya tidak faham mengapa DAP cenderung mempolitikkan semua perkara termasuklah isu tersebut walaupun hakikatnya, sektor awam adalah nadi penggerak negara," katanya pada sidang akhbar di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam. 

Mengulas kenyataan tersebut, Omar berkata, jika DAP benar-benar parti yang jitu untuk membangunkan dan mentadbir negara, ia perlu mengutamakan hal ehwal kebajikan penjawat awam, bukannya membuat rakyat derita dengan 'menghadiahkan' status penganggur kepada mereka.

"Ini membuktikan DAP sebuah parti yang cakap tak serupa bikin. Bersifat menakutkan rakyat, bukannya mahu mendekati mereka.

"Bagaimana parti itu mahu mentadbir kerajaan kelak, sedangkan rakyat takut dengan tindak-tanduk mereka yang tidak masuk akal," tambah beliau.

Omar menuntut DAP menjelaskan apa pula tindakan mereka bagi membantu penjawat awam yang ditamatkan perkidmatan.

"Adakah mereka dibiarkan menganggur begitu sahaja tanpa dibimbing untuk mencari kerja lain sedangkan pada masa yang sama, mahukan Malaysia menjadi salah sebuah negara yang berpendapatan tinggi?" soalnya.

Omar memberitahu, CUEPACS akan menjelajah ke seluruh negara untuk menerangkan mengenai skim baru perkhidmatan awam yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Bajet 2012 baru-baru ini.

Beliau berharap, langkah CUEPACS itu mampu meningkatkan kesedaran sekali gus meningkatkan produktiviti penjawat awam dari semasa ke semasa.

"Sektor awam di negara ini diakui berada di tahap terbaik antara negara-negara Asia serta dunia dan ranking itu tidak wajar dimusnahkan angkara ideologi politik DAP yang mundur," tegasnya.

No comments:

Post a Comment