My Add

Thursday 24 November 2011

RM35.6 juta disalur kepada sekolah agama di Kelantan

KOTA BAHARU, RABU, 23 November, 2011: 
KERAJAAN Persekutuan menyalurkan RM35.6 juta kepada 79 sekolah agama di Kelantan, termasuk RM25.1 juta yang telah dibelanjakan untuk projek menaik taraf infrastruktur dan pembinaan bangunan baru sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kesempatan sempena lawatannya ke Kelantan untuk menyerahkan peruntukan RM10.5 juta kepada sekolah-sekolah berkenaan pada majlis perjumpaan bersama 1,000 warga pendidik sekolah agama di sini hari ini.

Daripada bantuan RM10.5 juta itu, 51 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menerima RM140,000 setiap sekolah, 22 Sekolah Agama Rakyat (SAR) mendapat RM100,000 setiap sekolah dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mendapat RM200,000 setiap sekolah.

Sebanyak RM25.1 juta dibelanjakan sebelum ini untuk enam projek menaik taraf infrastruktur dan membina bangunan bagi sekolah SABK. Kesemua projek itu siap tahun lepas.

Ia melibatkan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Bachok; SMUA Al-Kauthar, Kota Baharu; SMUA Al-Falah, Pasir Mas; SMUA Tengku Amalin Aishah Putri, Kota Baharu; SMUA Darul Salam, Kuala Krai; dan SMUA Saadatul Qura, Kuala Krai.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, Kerajaan Pusat amat mementingkan pembangunan Islam kerana ia membantu pembangunan modal insan yang seimbang.

“Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan Islam dalam pembangunan negara kerana Islam menuntut umatnya supaya menjadi maju. Islam tidak mahu umatnya hidup dalam kemunduran,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment