My Add

Thursday 24 November 2011

1,500 petugas PWTC ikrar beri perkhidmatan terbaik

KUALA LUMPUR, RABU, 23 November, 2011: 
KIRA-kIRA 1,500 orang petugas Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berikrar memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota perwakilan UMaNO dan petugas media sepanjang lima hari berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 mulai Selasa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Maxson Abdullah Jaafar berkata, jumlah petugas yang berkhidmat pada perhimpunan tahun ini ditambah berbanding 1,200 orang pada tahun lepas bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada para perwakilan dan petugas media.

"Kita mempunyai petugas tetap seramai 320 orang dan pada persidangan kali ini, kita mengambil 1,200 orang petugas sementara untuk membantu memberikan perkhidmatan yang lebih baik berbanding tahun lepas.

"Berikan perkhidmatan 100 peratus dan jangan sia-siakan apa yang telah dirancang,” katanya ketika berucap pada Majlis Ikrar Warga PWTC kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment