My Add

Sunday 20 November 2011

Salleh tolak tanggapan bantuan RM100 bermotif politik

AHAD, 20 November, 2011
SPEAKER Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menolak tanggapan bahawa pemberian bantuan RM100 kepada setiap murid bermotifkan politik. 

Sebaliknya beliau berkata, bantuan itu bertujuan murni iaitu untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya ibu bapa menjelang sesi persekolahan awal tahun depan.

Salleh berkata, semua yang layak akan dapat bantuan tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik ibu bapa.

"Jadi saya minta murid-murid menggunakan duit ini sebaik mungkin. Kita berharap duit ini akan membantu meringankan beban ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak mereka," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan persekolahan Program RM100 1Murid di SK Pekan Kota Belud di Dewan Masyarakat Kota Belud, hari ini. 

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah, Ahmad Bahkrin Yusof. 

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, bantuan seumpama itu menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan kerajaan untuk membela nasib rakyat terutama ibu bapa dan murid-murid sekolah. 

Katanya, dianggarkan sekitar 21,000 murid di Kota Belud layak menerima bantuan itu yang dijangka menelan belanja sekitar RM2.1 juta. 
Jumlah bantuan keseluruhan untuk program itu di seluruh negara ialah RM530 juta, katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment