My Add

Thursday 10 November 2011

Sesi pendengaran awam PSC pilihan raya umum mulai esok

KHAMIS, 10 November, 2011: Sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bermula esok dan dijangka dihadiri beberapa wakil parti politik.

Pengerusi PSC, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, mereka merupakan antara 11 pihak yang akan hadir memberi cadangan dan pendapat berhubung penambahbaikan pilihan raya, lapor Bernama.

"Sesi pendengaran awam itu akan berlangsung esok dan Sabtu bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Kita masih menerima senarai pihak-pihak yang ingin mengambil bahagian dan jika tidak sempat dihabiskan esok, kita akan bawa pada Sabtu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kali keempat PSC itu di Parlimen hari ini.

Selain bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga, yang lain dijangka hadir dari Majlis Belia Selangor, Transparency International, Persatuan Bekas-bekas Polis dan beberapa individu.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, PSC mengaturkan enam sesi pendengaran awam mengikut wilayah di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan.

No comments:

Post a Comment