My Add

Saturday 5 November 2011

Sesi penerangan MBMMBI dijangka minggu depan: Muhyiddin

SABTU, 05 November, 2011: Sesi penerangan kepada pihak sekolah mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dijangkakan akan bermula minggu depan secara berperingkat, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. 

Beliau berkata, penerangan kepada pihak sekolah dibuat berikutan sesi penerangan peringkat kementerian yang diadakan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri turut memberi penerangan kepada Kabinet semalam.

Wee memberitahu pemberta di sini hari ini Kementerian Pelajaran sedang menyiapkan surat pekeliling mengenai MBMMBI yang akan diedarkan ke Pejabat 
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri. 

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa penghapusan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menyebabkan Malaysia ketinggalan dalam bidang Sains dan Matematik, beliau berkata negara sepatutnya mencontohi negara ekonomi besar lain yang berjaya walaupun rakyat mereka mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing. 

"Saya ambil contoh China. Mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris, namun masih mampu melancarkan roket," katanya menambah bahawa penguasaan bahasa tidak menjamin kepada penguasaan ilmu Sains dan Matematik. 

Ditanya mengenai tempoh peralihan pelaksanaan PPSMI ke MBMMBI yang dikatakan mengambil masa terlalu lama, beliau berkata tempoh itu adalah normal. 

"Peralihan dari satu sistem ke satu sistem yang lain memang mengambil masa. 

"Dulu peralihan dari pengantar bahasa Inggeris ke bahasa Melayu pun mengambil masa 12 tahun," katanya. 

TPM mahu slot makluman banjir berkala di RTM

Bernama melaporkan, Muhyiddin mengarahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan slot berkala yang kerap untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang keadaan banjir yang melanda kawasan tertentu.

Katanya, beliau telah mengarahkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang bertanggungjawab terhadap RTM untuk berbuat demikian pada mesyuarat Kabinet, semalam.

"Slot berkala yang regular itu akan memberitahu rakyat tentang perkara-perkara seperti sungai-sungai yang terlibat, paras airnya dan ramalan cuaca sama ada ia akan menyebabkan banjir atau tidak.

"Laporan terperinci berkala itu akan disediakan oleh media elektronik termasuk radio sepertibreaking news”, mungkin satu jam sekali kerana keadaan banjir dalam tempoh sejam banyak berubah,” katanya.

Muhyiddin menghadiri majlis korban perdana dan pertemuan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar di Pagoh. 

No comments:

Post a Comment