My Add

Saturday 19 November 2011

Tentera tumpaskan cubaan seludup Methamphitamine

SABTU, 19 November, 2011: Pasukan Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan menumpaskan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup masuk dadah jenis Methamphitamine seberat 8.6 kilogram dianggarkan bernilai RM600,000 di Pengkalan Haram Gergaji dekat Rantau Panjang, semalam.

Menurut laporan wartawan Utusan Malaysia, Zulharman Mohamad Nor, rampasan tersebut dilakukan semasa anggota pasukan berkenaan sedang menbuat rondaan di kawasan tersebut kira-kira pukul 6.10 petang.

Penolong Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 rejimen itu, Mejar Mohd. Nadzri Ismail berkata, ketika menjalankan rondaan anggotanya ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang membawa sebuah kotak bertulisan bahasa Thailand.

"Sebaik sahaja melihat kelibat anggota kami sedang melakukan rondaan, lelaki itu tiba-tiba terus membuang kotak yang dibawa kemudian terus melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati kotak berkenaan mengandungi 14 bungkusan mengandungi dadah jenis Methamphitamine atau pil kuda," katanya ketika ditemui pemberita di Markas Sasaran Penting 8 Briged dekat sini, hari ini. 

No comments:

Post a Comment