My Add

Sunday 20 November 2011

Zulkifli Noordin nafi dakwaan Syed Husin

AHAD, 20 November, 2011:
Entri terbaru Datuk Zulkifli Noordin bertajuk Anjing-Anjing Pencen dalam blognya: http://zul4kulim.blogspot.com/ semalam menyebut "Syed Husin memberitahu saya kalau dia mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin, Anwar menjanjikan dia jawatan Senator,"

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu menafikan dakwaan bahawa beliau meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Sambil menyifatkan dakwaan veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali menerusi buku Memoir Perjuangan Politik sebagai pembohongan, Zulkifli berkata, Syed Husin sendiri yang berjumpanya mewakili Anwar untuk menawarkan supaya kerusi itu dikosongkan.

Malah tambah beliau, Syed Husin juga ada menyebut jika beliau bersetuju mengosongkan kerusi itu, Anwar berjanji menawarkan jawatan dalam mana-mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

"Malah Syed Husin meyakinkan saya, Anwar akan mengotakan janji tersebut kerana dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menyandang jawatan tersebut..."


1 comment: