My Add

Wednesday, 1 February 2012

Jangan terpengaruh dakyah jatuhkan kerajaan: MB Perlis

KANGAR, RABU, 01 Februari, 2012: Warga pendidik khususnya di negeri ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah segelintir pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan demi kepentingan diri mereka. 

Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu ketika memberikan ingatan itu berkata, sebagai golongan profesional dan intelektual, guru perlu sentiasa berada di hadapan dan peka dengan usaha kerajaan yang sangat menitikberatkan soal pendidikan.

"Saya tidak mahu golongan pendidik terpedaya dengan pihak yang mahu menggugat kekuatan kerajaan. Sama-samalah hindarkan diri daripada dakyah yang tidak membawa faedah dan merosakkan peribadi," katanya ketika berucap pada majlis Perutusan Tahun 2012 Jabatan Pelajaran Perlis, di sini, semalam.

Md Isa berkata, guru yang juga golongan berpengaruh harus memahami semua dasar yang dilancarkan kerajaan terutama yang membabitkan sistem pelajaran negara. 

"Kerajaan yang ada sekarang meletakkan kepentingan anak-anak lebih daripada yang lain-lain. Pemberian wang bantuan RM100 kepada semua pelajar baru-baru ini menunjukkan kerajaan bersikap adil," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment