My Add

Wednesday 1 February 2012

Hadi bukan merajuk, cuma 'fed-up'

RABU, OI Februari, 2012
PADA hemat saya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan merjuk tidak mahu bertanding lagi pada PRU13 nanti.

Saya yakin beliau cuma "fed-up" dengan tindak tanduk yang berlegar dalam Pakatan Rakyat termasuk kerenah dalaman Pas sendiri yang sedang membara seperti api dalam sekam

Hadi dilihat bukan sahaja kecundang untuk tidur sebantal dengan pemimpin DAP, malah 'mimpi' bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR pun ternyata berlainan. meskipun mampu tidur sebantal..

Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad percaya antara punca Presiden Pas itu "give-up" kerana beliau tidak boleh berkompromi lagi dengan Pakatan Rakyat.

Jika tidak tepat pun. mungkin sipi pandangan Nakhaei itu.  Nakhaei yakin Hadi tidak boleh lagi bertolak ansur perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar Pas, namun diterima oleh parti komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

Nakhaei juga rasa pembawakan Pakatan Rakyat banyak bercanggah dengan dasar dan perjuangan Pas.

'Kita lihat Pas terpaksa bertolak ansur dan mengalah dalam banyak perkara," ujar Nakhahei.

Hadi menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada PRU ke-13 atas alasan beliau mahu memberi peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk Pas..

Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang itu menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun, "walapun rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat termasuk, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Karpal Singh berada dalam parti untuk jangka masa yang lama..."

Mereka tu sayang kerusi empuk Tuan Guru! Mereka nak tungkat langit.

No comments:

Post a Comment