My Add

Monday 13 February 2012

300 sertai bengkel RoL

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Februari, 2012: Sebanyak 300 peserta yang terdiri daripada penduduk, pemilik tanah, peniaga, pemaju dan semua pihak berkepentingan dalam projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) menyertai bengkel Penyertaan Awam Greater KL-Klang Valley RoL bagi memberi maklum balas berkenaan projek berkenaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk melibatkan pihak awam yang berkepentingan di peringkat perancangan awal Pelan Induk RoL.

Katanya, ia juga bagi memberi penerangan kepada pihak awam mengenai cadangan awal draf pelan induk projek itu.

"Bengkel ini juga bertujuan mendapatkan pandangan dan idea semua pihak bagi membantu pihak perunding menyediakan sebuah pelan induk yang komprehensif dan mengambil kira pandangan semua pihak.

"Di samping itu, ia dapat memupuk perkongsian maklumat di antara kerajaan dan rakyat supaya bersama-sama merancang dan menyediakan pelan induk untuk pengindahan dan pembangunan sungai kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada bengkel tersebut di Hotel Seri Pacific di sini semalam.

Sementara itu, seorang peserta, Mohd. Jiwa Khairi, 49. berkata, dia menyambut baik usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengambil kira pandangan penduduk dalam projek berkenaan.

Katanya, rumahnya sekarang berhadapan dengan sungai yang dipenuhi dengan sampah-sarap.

"Jadi, saya berharap apabila projek RoL sudah siap nanti, kita akan dapat melihat pemandangan yang lebih baik dan indah.

"Projek ini juga dapat mempromosikan gaya hidup sihat. Ini kerana di sepanjang sungai akan dibina laluan pejalan kaki yang membolehkan orang ramai beriadah," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment