My Add

Monday 13 February 2012

42 lagi kes jangkitan AGE dikesan di Perak

IPOH, AHAD, 12 Februari, 2012: Sebanyak 142 lagi kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) dikesan di Perak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya 2,686 kes. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata daripada jumlah itu, 94 kes dikesan di Hilir Perak manakala 48 kes di Batang Padang.

"Setakat ini jumlah keseluruhan kes di Hilir Perak sebanyak 1,730 manakala di Batang Padang sebanyak 956 kes," katanya ketika dihubungi hari ini.

No comments:

Post a Comment