My Add

Monday 13 February 2012

78.5 peratus projek dijanji menjelang pilihan raya Sarawak siap

KUCHING, ISNIN, 13 Februari, 2012:: Sejumlah 245 atau 78.5 peratus daripada 312 projek yang diumumkan ketika program tinjauan mesra oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum pilihan raya Sarawak tahun lalu, siap dibina setakat ini. 

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah, yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan semua projek itu, berkata projek-projek yang dilaksanakan setakat ini membabitkan kos RM213.7 juta.

Sebanyak 40 projek atau 12.82 peratus, dengan kos RM1.312 bilion, sedang dilaksanakan manakala 27 projek atau 8.65 peratus, dengan kos RM709.66 juta belum lagi dimulakan, katanya dalam satu kenyataan selepas lawatan tinjauan beliau ke tiga projek di bahagian Miri hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment