My Add

Monday 13 February 2012

KBS cadang bina stadium khas untuk sukan bola sepak

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 13 Februari, 2012: Kementeria Belia dan Sukan (KBS) bercadang membina sebuah stadium khusus untuk kegunaan perlawanan sukan bola sepak saja.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pihaknya kini sedang berunding dengan beberapa pihak terbabit sama ada untuk mengubah suai beberapa stadium yang sedia ada atau sebaliknya.

"Perkara ini masih diperingkat cadangan kerana saya rasa stadium yang ada sekarang tidak berapa sesuai kerana ia juga digunakan untuk kegiatan olahraga dan sebagainya.

"Kita perlu memecah tradisi dalam permainan bola sepak kita di mana stadium dan padangnya perlu dijaga. Latihan perlu diadakan di tempat lain, bukan di stadium sama yang digunakan untuk perlawanan," katanya selepas majlis Anugerah Kewartawanan KAWAT-Exxon Mobil 2011 di sini.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan padang tidak dapat diselenggara dengan baik terutama untuk perlawanan besar.

Ahmad Shabery berkata, pihaknya kini dalam peringkat terakhir menentukan lokasi sesuai pembinaan padang yang menggunakan rumput tiruan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment