My Add

Saturday 25 February 2012

Aduan rakyat di Parlimen Bandar Tun Razak meningkat

KUALA LUMPUR, SABTU, 25 Februari, 2012: Aduan rakyat di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak semakin meningkat dan keadaan ini dikatakan berpunca daripada kegagalan Anggota Parlimennya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjalankan tugas dengan baik.

Selepas hampir sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi wakil rakyat kawasan itu, penduduk memberikan gambaran sukar untuk bertemunya serta beliau gagal menyelesaikan pelbagai isu seperti perumahan, penaja dan kemudahan asas kecil.

Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, penduduk memaklumkan Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor memberi alasan bahawa hal-hal itu di bawah tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

"Apa peranannya sebagai wakil Parlimen?” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini dan menurut Rizalman, sehingga kini aduan mengenai permasalahan penduduk yang terkumpul yang diterima pejabat UMNO dan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu berjumlah kira-kira 18,250 aduan.

Pejabat UMNO dan BN kawasan itu yang dibuka setiap hari sentiasa sesak dengan penduduk setempat untuk mengadu masalah yang dihadapi mereka, katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment