My Add

Monday 6 February 2012

Agenda sangkal dakwaan Nasrudin BB1M tidak berkesan

KOTA BHARU, AHAD, 06 FebRUARI, 201: Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi kononnya pemberian Baucar Buku 1Malaysia sebagai tidak berkesan.

Presidennya, Mohd. Zaidan Abdul Rahim berkata, Nasrudin sengaja melihat usaha Kerajaan Pusat itu dari sudut politik semata-mata bagi menimbulkan gimik setelah menyedari mereka kini ketandusan isu.

Kata beliau, masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan program BB1M memandangkan ia perkara baru diperkenalkan kerajaan dalam usaha membantu rakyat.

“Pembangkang sepatutnya menyokong usaha murni kerajaan dalam membantu meringankan beban pelajar dan ibu bapa, bukannya mencari kelemahan terhadap langkah yang diambil kerajaan itu.

“Inilah sikap fahaman politik sempit pembangkang yang tidak mahu menerima hakikat kelemahan diri sendiri. Semua kerajaan buat tidak betul, hanya mereka saja yang betul,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Nasrudin yang menyifatkan BB1M tidak berkesan kerana tempoh penebusan yang diberikan agak pendek. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment