My Add

Tuesday, 7 February 2012

Anggota ATM sertai eksesais Cobra Gold di Thailand

KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Februari, 2012: Seramai 79 anggota tentera Malaysia (ATM) menyertai latihan ketenteraan “Cobra Gold” 12 (CG 12) di Thailand selama 12 hari mulai hari ini.

ATM diketuai Panglima Kesebelas Briged Infantri, Brig Jeneral Azmi Borhan.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, tujuh buah negara menyertai latihan tersebut iaitu Amerika Syarikat, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Indonesia dan Malaysia, serta 20 negara pemerhati.

Panglima Angkatan Bersama ATM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menyeru para anggota ATM yang menyertai latihan tersebut supaya menggunakan peluang di dalam CG 12 untuk belajar sebanyak yang mungkin dari anggota tentera negara lain selain bertukar-tukar pendapat dan pengalaman sesama mereka.

Latihan dilancarkan di Kem Suranaree, Korat, Thailand yang turut dihadiri Ahmad; Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussin; dan Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Tentera Darat, Mej Jeneral Datuk Suhaimi Zuki. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment