JITRA, SELASA, 07 Februari, 2012: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memohon agar bantuan ihsan diberi kepada petani yang menanggung kerugian akibat tanaman padinya diserang serangga perosak atau penyakit.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Johari Baharom berkata, pada masa ini, bantuan tersebut hanya diberi kepada petani yang ditimpa bencana seperti banjir.
”... kali ini kita akan rayu kerajaan agar menimbang bantuan akibat penyakit kerana ada padi yang hampir masak musnah 100 peratus,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai serangan ulat ratus atau nama saintifiknya ”spodoptera mauritia” ke atas kawasan sawah seluas 275 hektar di daerah Kubang Pasu yang mengakibatkan 100 petani kerugian lebih RM150,000.
Mohd Johari berkata, beliau akan meminta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) menyediakan laporan untuk dibawa pada mesyuarat pasca-Kabinet bagi mendapatkan bantuan ihsan tersebut.
Katanya, Mada juga telah diminta memberi nasihat dan penerangan kepada petani terbabit mengenai kaedah sesuai untuk menangani serangan ulat ratus tersebut. – BERNAMA
Selalu dan kerap terjadi setelah serangan penyakit menjadi teruk sehingga menjejaskan keseluruhan hasil berulah pertaniAN DAN MARDI KALUT UNTUK MEMBERITAKLIMAT DAN CUBA ..... UTK MENGAMBIL TINDAKAN. pERKARA INI TELAH KERAP BERULANG DAN SEPATUTNYA PIHAK MEREKA TELAH DAPAT MERANCANG PENCEGAHAN AWAL. BILA ADA ADUAN BARULAH DIJAWAB ' O...... MUSIM DULU TEMPAT SEKIAN-SEKIAN TELAH KENA SERANGAN." kALAU INILAH SIKAP PARA PEGAWAI KITA SAMAPAI BILA PUN TAK AKAN MAJU PERTANIAN KITA.
ReplyDelete