My Add

Sunday 19 February 2012

Bayan Mutiara: Penjelasan Guan Eng

KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Februari, 2012: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempertahankan dakwaannya bahawa tindakan kerajaan negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara dengan harga RM1.1 bilion dilakukan secara tender terbuka.

Malah beliau mempersenda Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan menyifatkan mereka sebagai tidak mahir berbahasa Inggeris.

Katanya, bukti itu adalah berdasarkan kenyataan syarikat swasta yang memenangi hak ke atas tanah berkenaan bahawa pembelian tersebut dibuat secara tender terbuka.

"Kita tidak main-main, kita ada bukti dan ia telah disiarkan menerusi akhbar dan ada pembida yang datang," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zainal Abidin yang mendakwa mempunyai bukti bahawa proses pembelian tanah di Bayan Mutiara tidak dilakukan secara terbuka.

Semalam, UMNO Pulau Pinang mendesak Setiausaha Agung DAP itu mengotakan janji selepas berjaya mengemukakan beberapa bukti yang dilihat menimbulkan pelbagai persoalan terhadap proses tender terbuka tersebut.

Guan Eng berkata, tuduhan Zainal Abidin dan Abdul Rahman itu berdasarkan bukti daripada satu kenyataan Bursa Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment