My Add

Saturday 18 February 2012

Beri peluang kepada bukan bumiputera – MCA

PETALING, JUMAAT, JAYA 17 Februari, 2012: Biro Pengaduan Awam MCA Selangor menyeru kerajaan negeri itu agar turut memberi peluang kepada kontraktor bukan bumiputera untuk sama-sama terlibat dalam kontrak memungut sampah dan pengurusan kebersihan di kawasan tadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ketua bironya, Datuk Theng Book berkata, beliau difahamkan pada 1 Februari lepas, pihak MPSJ telah memberi kontrak kepada 154 kontraktor kebersihan yang kesemuanya terdiri daripada kontraktor Bumiputera.

“Saya kesal terhadap sikap ahli exco Kerajaan Negeri, terutamanya wakil DAP yang ‘cakap tak serupa bikin’. DAP sentiasa tegaskan yang mereka bersikap adil kepada semua tidak kira bangsa dan agama, tetapi dalam isu pemberian tender sampah, mereka hanya mengutamakan satu kaum sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan isu sampah dan kes denggi di Selangor, di sini hari ini.

Dalam sebuah portal berita berbahasa Mandarin bertarikh 9 Februari melaporkan sebanyak 154 kontraktor kutipan sampah yang terdiri daripada golongan bumiputera, diberi kontrak oleh MPSJ untuk mengutip sampah dan menguruskan masalah kebersihan di kawasan Subang Jaya.

Theng mendakwa semasa kerajaan negeri ditadbir Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, Selangor tidak pernah meminggirkan golongan bukan bumiputera dalam isu pemberian kontrak ini dan sentiasa memastikan kebersihan setempat terjamin.

“Oleh itu, saya menyeru Teresa Kok (Exco kanan negeri Selangor) supaya menjawab persoalan yang kami lontarkan, di mana janji mereka yang dikatakan mengamalkan sikap sama rata terhadap semua kaum,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment