My Add

Tuesday 7 February 2012

BN Pahang siapkan manifesto PRU13 - Menteri Besar

TEMERLOH, ISNIN, 06 FebRUARI, 2012: Barisan Nasional (BN) Pahang kini di peringkat akhir dalam menyiapkan manisfesto bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata, manifesto berkenaan adalah ringkas dan mudah difahami yang bakal merangkumi pelbagai aspek untuk menjaga kepentingan rakyat.

"Manifesto ringkas dan mudah faham kini di peringkat semakan terakhir dan BN Pahang juga telah bersedia bila bila masa bagi menghadapi pilihan raya tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial Siri Jelajah Pahang 2012 di sini hari ini.

Mengenai calon pilihan raya, Adnan yang juga Pengerusi BN negeri berkata, setakat ini perkara berkenaan belum difikirkan lagi.

"Soal calon belum difikirkan lagi dan tiada senarai disediakan setakat ini," katanya.

Adnan berkata, BN Pahang yakin akan dapat menawan kembali kerusi yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment