My Add

Tuesday 7 February 2012

Jentera pilihan raya Wanita BN siap sedia PRU13

PASIR MAS, ISNIN, 06 Februari, 2012: Jentera pilihan raya Wanita Barisan Nasional (BN) kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang, kata Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau yang berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan Wanita berkata, kekuatan jentera pilihan raya Wanita BN adalah di peringkat akar umbi.

"Jentera wanita BN kini berada dalam siap siaga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Memperkukuhkan Ekonomi Masyarakat Siam Negeri Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek, Repek di sini hari ini.

Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO meminta semua ketua Wanita BN negeri memperluaskan program mendekati dengan melibatkan semua komuniti termasuk masyarakat Siam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment