My Add

Monday 13 February 2012

Cingge bukan sekadar perayaan – PM

JOHOR BAHRU, AHAD, 12 Februari, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perarakan cingge oleh masyarakat Cina yang diadakan di negara ini sejak 146 tahun lalu lebih daripada sekadar sambutan berbentuk keagamaan.

Beliau berkata, persembahan itu turut mendapat sambutan bukan hanya daripada masyarakat berbilang kaum di negara ini, malah oleh pelancong asing.

“Perarakan cingge bukan sahaja upacara keagamaan sebaliknya sebagai tanda menghormati kepelbagaian budaya dan masyarakat di negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis perarakan cingge di Kuil Kuno Johor di Jalan Wong Ah Fook di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment