My Add

Monday 13 February 2012

Pas jangan pilih kasih, perlu bertindak tegas

GOPENG, AHAD, 12 Februari, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta tidak hanya mengeluarkan kenyataan bersifat politik berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong usaha melindungi keselamatan Israel, tetapi perlu disusuli dengan tindakan tegas.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, jika Pas begitu tegas memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali yang mengeluarkan kenyataan berbeza dengan parti, tiada sebab kenapa Pas perlu berlembut berhubung kenyataan kontroversi Anwar itu.

''Saya harap Pas jangan menegakkan isu-isu agama dengan hanya mengeluarkan kenyataan, amalkanlah. Pemecatan Hasan misalnya, beliau lantang mengkritik Anwar atas prinsip agama. Kini Hadi pun hendak kritik Anwar.

''Kalau dia (Hadi) tidak setuju, jangan hanya ungkap dengan perkataan, buatlah sesuatu yang tegas, atau Pas sendiri harus ambil tindakan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Keusahawanan Mara di Terminal Agrobisnes Negara (Teman) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Ibrahim Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Ketua Pengarah Mara, Ibrahim Ahmad.

Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Hadi dalam blog http://presiden.pas.org.my yang menegaskan, adalah haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan negara Israel kerana telah menjadi fardu ain kepada orang Islam untuk membebaskan rakyat Palestin yang dizalimi rejim zionis.

Ia adalah kenyataan pertama Hadi selepas pelbagai pihak mengecam kenyataan Anwar dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu yang menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Mohd. Shafie berkata, sikap Anwar yang suka menggunakan saluran antarabangsa untuk meraih sokongan politik bukan sesuatu yang baru lebih-lebih lagi ketika pilihan raya umum sudah semakin hampir.

''Selepas ini, tidak hairan jika dia guna pula rangkaian di luar untuk kritik kononnya sistem negara ini tidak telus, pilihan raya tidak telus sedangkan dia sendiri tahu dia (jadi wakil rakyat) kerana sistem pilihan raya kita adil.

''Kalau tidak bagaimana pembangkang boleh menang di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Kalau tidak adil bagaimana pembangkang boleh berkuasa di Kelantan sampai 22 tahun," jelasnfoloinsya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment