My Add

Wednesday 8 February 2012

Daftar pemilih tambahan dipamer mulai hari ini

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Februari, 2012: Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun keempat 2011 mula dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sehingga Selasa depan di 937 tempat seluruh negara. 

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, berkata pameran itu dibuat selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Rang Daftar Pemilih itu akan dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri (15 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (117 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (48 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (191 tempat) dan tempat-tempat lain (23 tempat).

Dalam satu kenyataan, Sabri berkata, dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Keempat (Oktober hingga Disember) 2011, SPR menerima 212,826 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 83,846 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan suruhanjaya itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment