My Add

Wednesday 8 February 2012

Pahang belanja RM3.37 juta naik taraf Teluk Chempedak

KUANTAN, RABU, 08 Februari, 2012: Kerajaan negeri Pahang membelanjakan sebanyak RM3.37 juta peruntukan daripada Kementerian Pelancongan bagi membaik pulih dan menaik taraf kemudahan di sekitar Pantai Teluk Chempedak, di sini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata peruntukan berkenaan adalah daripada Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) dan RMK-10 untuk 10 projek pembangunan sekitar kawasan peranginan itu.

"Beberapa projek sudah pun selesai. Manakala ada lagi yang dalam fasa akhir iaitu laluan pejalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer yang menghubungkan Teluk Chempedak dan Tanjong Tokong dan juga tandas awam berkonsepkan mesra alam yang kini baru 20 peratus pembinaannya.

"Fasa pertama 'boardwalk' itu yang dimulakan pembinaannya pada Julai lalu sudah pun siap pada November lalu, manakala fasa kedua dimulakan bulan Disember lalu dan dijangka siap sepenuhnya bulan ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau perkembangan kedua-dua projek berkenaan di Teluk Chempedak, dekat sini, hari ini. 

Katanya, proses naik taraf laluan itu dilakukan bagi menggantikan lantai kayu yang reput dan kini digantikan dengan Fiber Reinforce Plastic (FRP) yang dijamin mampu bertahan sehingga 10 tahun. 

Mengenai tandas awam yang akan dibina berkonsepkan mesra alam itu, beliau berkata, ia membabitkan kos sebanyak RM500,000 dan selepas siap ia dijangka mampu menjimatkan 50 peratus penggunaan tenaga elektrik dan air di tandas berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment