My Add

Sunday 12 February 2012

Dakwaan RPK tidak berasas

KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februari, 2012: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menafikan dakwaan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (RPK) kononnya beliau dalang yang membocorkan maklumat berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Nong Chik berkata, usaha tersebut sebahagian taktik pembangkang untuk melaga-lagakan beliau dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Anda boleh tanya balik dengan Shahrizat dan suaminya, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, adakah saya dalang dalam isu ini? Saya yakin 100 peratus, mereka akan kata tidak,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran penduduk Blok 16 Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan RPK yang dimuatkan dalam portal freemalaysiatoday bahawa Raja Nong Chik sebagai dalang membocorkan maklumat berhubung isu NFC melibatkan Shahrizat.

Ketua Wanita UMNO itu berdepan isu NFC yang diterajui suaminya apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Menurut Nong Chik, hubungan beliau dengan Shahrizat sentiasa baik dan saling berhubung melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memberi kata-kata perangsang dan sokongan antara satu sama lain.

‘‘Sewaktu beliau berada di Mekah baru-baru ini, kami saling berhubung melalui SMS, bertanya khabar malah beliau turut mendoakan agar saya menang bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai.

‘‘Tidak ada benda tidak baik berlaku antara saya dan beliau. Sebagai kawan lama Shahrizat, saya sering memberi kata-kata semangat kepadanya terutama ketika beliau menghadapi masa-masa sukar,” katanya.

Menurut Nong Chik, perkara itu sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang menjelang pilihan raya dengan niat untuk mengkucar-kacirkan perpaduan pemimpin UMNO dan BN.

Ini kerana katanya, pembangkang sengaja mahu mengalih tumpuan dan mengelirukan masyarakat ekoran kegagalan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengurus Lembah Pantai seperti yang dijanjikan sewaktu kempen pilihan raya lalu.

‘‘Bagi semua pemimpin dalam UMNO atau BN sendiri, sesiapa yang bertanding, kita akan bersama-sama dan tiada masalah untuk saling menyokong, cuma pihak ini yang gemar membuat cerita mendakwa kita bergaduh, semua ini tidak benar dan hanya direka-reka oleh mereka,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment