My Add

Sunday 12 February 2012

NGO perlu main peranan perangi judi - Khalid Abu Bakar

PULAU PINANG, SABTU, 11 Februri, 2012: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, peranan untuk memerangi kegiatan perjudian terutama melibatkan mesin judi dan komputer bukan hanya terletak di bahu polis semata-mata tetapi seharusnya turut mendapat kerjasama semua pihak.

Sambil menyokong usaha polis negeri yang mengisytiharkan perang terhadap kegiatan itu, beliau berkata, ini termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diharap dapat bersama membentuk masyarakat harmoni dan bebas jenayah.

"Jangan harapkan polis saja... Ini merupakan satu masalah sosial yang akan menyebabkan remaja sekarang terpesong," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Rakan Cop Remaja negeri Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan kadar jenayah di seluruh negara kini menurun sebanyak 18.5 peratus pada bulan lalu berbanding tempoh sama tahun sebelumnya manakala bagi jenayah jalanan indeksnya menurun sebanyak 55.8 peratus.

Tambah Khalid, walaupun sesetengah pihak mendakwa statistik tidak menggambarkan apa-apa namun polis masih berpegang pada statistik bagi menentukan kadar penurunan jenayah di negara ini.

"Bagi Pulau Pinang pula, kadar jenayah menurun sebanyak 20 peratus manakala bagi jalanan sebanyak 43 peratus," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment