My Add

Monday 20 February 2012

Empat bulan jadi hamba seks

WOON menunjukkan gambar suspek kepada Chong di Wisma MCA, semalam.Janda dua anak hampir bunuh diri, tertekan diugut bekas teman lelaki 

Oleh Nor Azizah Mokhtar

KUALA LUMPUR, AHAD, 19 Februari, 2012: Seorang janda beranak dua yang mendakwa menjadi hamba seks bekas teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu hampir mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana amat tertekan dan tidak tahan diperlakukan sedemikian.

Gara-gara terlalu percayakan lelaki yang dikenalinya sejak bersekolah menengah di Kepong pada tahun 2000, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, 29, terjerat dengan janji manis bekas teman lelakinya mahu mengahwininya apabila mereka bertemu semula pada 2010.

Mimpi ngeri Woon bermula kira-kira empat bulan lalu selepas lelaki itu mengugut akan menyebarkan lebih 80 gambar bogelnya melalui internet sekiranya beliau menolak untuk mengadakan hubungan seks selepas hubungan cinta mereka berakhir. 

Woon yang berasal dari ibu negara, berkata semua gambar bogel itu diambilnya sendiri sebelum menghantar melalui e-mel kepada lelaki itu atas permintaan teman lelakinya sebagai tanda cinta kepada lelaki berkenaan enam bulan lalu.

“Dia yang minta saya ambil gambar itu dan hantar kepadanya melalui e-mel dan kerana terlalu sayang dan mempercayainya, saya ikutkan kehendaknya. 

“Dua bulan selepas berpisah, dia mula menghantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak saya melakukan hubungan seks dan bila saya tolak, dia ugut akan sebarkan gambar bogel saya. Kerana takut dan malu, saya terpaksa ikut kehendaknya,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan MCA, di sini, hari ini.

Woon, seorang peniaga mendakwa sejak lebih empat bulan lalu dirinya diperlakukan seperti hamba seks kerana tidak mampu menolak setiap kali lelaki itu menagih seks daripadanya kerana bimbang gambar bogelnya disebarkan. 

“Pada 9 Februari lalu, dia sekali lagi hantar SMS mengajak melakukan hubungan seks, namun saya menolak. Tidak lama kemudian dia hantar tiga keping gambar bogel saya ke telefon bimbit saya untuk mengugut. 

“Saya berasa amat tertekan hingga mahu membunuh diri, namun mengawal diri demi anak. Akhirnya, saya menceritakan masalah itu kepada adik perempuan saya yang kemudian menasihatkan supaya saya berterus terang kepada teman lelaki baru saya serta membuat laporan polis,” katanya. 

Woon berkata, beliau bernasib baik kerana keluarga dan teman lelaki barunya memahami masalah dihadapinya dan menyerahkan kepada polis kerana tidak mahu lagi hidup dalam ketakutan. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, berkata sejak awal tahun ini, beliau menerima tiga aduan seakan-akan sama seperti Woon dan 14 aduan sama sepanjang 2011. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment