My Add

Sunday 12 February 2012

Felcra umum pengagihan dividen berjumlah RM914j

TELOK INTAN, AHAD, 12 Februari, 2012: Felcra Berhad hari ini mengumumkan pengagihan dividen berjumlah RM914 juta bagi tahun lepas.

Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata daripada jumlah itu sebanyak RM839 juta akan diagihkan kepada 94,000 peserta Felcra di seluruh negara.

"Dividen itu akan diagihkan kepada peserta dan pihak yang berkenaan termasuk golongan miskin di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak program Perhimpunan Rakyat dan Perhimpunan Felcra Peringkat Kebangsaan di Felcra Changkat Lada di Kampung Gajah dekat sini.

Sementara itu, Tajuddin berkata, Felcra akan mewujudkan dana pelaburan yang akan diuruskan oleh syarikat Pelaburan Felcra Berhad dengan suntikan awal sebanyak RM100 juta.

Beliau berkata, dana pelaburan itu adalah inisiatif baru bagi mengurangkan kebergantungan terhadap hasil ladang oleh peserta Felcra kerana hasil daripada perladangan yang semakin terhad berikutan masalah kekurangan tanah. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment