My Add

Sunday 12 February 2012

Premium Outlets akan dibuka di Selangor dan Melaka

JOHOR BAHRU, AHAD, 12 Februari, 2012: Dua lagi Premium Outlets akan dibuka di Sepang, Selangor dan Melaka selepas Johor Premium Outlets (JPO), kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Beliau berkata, pembukaan tersebut boleh meningkatkan ekonomi negara dan menarik pelancong dari dalam serta luar negara untuk membeli belah.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke JPO di sini, hari ini, katanya Premium Outlet di Melaka akan dibuka tahun ini, namun beliau tidak memberitahu bila akan dibuka di Sepang.

Beliau berkata, pada tahun lepas sebanyak 30 peratus daripada perbelanjaan percutian yang diperuntukkan oleh pelancong adalah untuk membeli belah semasa datang ke Malaysia.

"Kita berharap tahun ini kita dapat mensasarkan lebih dari 30 peratus daripada peruntukan perbelanjaan percutian mereka digunakan untuk membeli belah dengan pembukaan Premium Outlets di negara ini,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment