My Add

Wednesday 22 February 2012

Garis panduan kewangan BNM jejas jualan

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Februari, 2012: Garis panduan kewangan bertanggungjawab baharu Bank Negara Malaysia (BNM) yang diperkenalkan pada November tahun lepas, telah menjejaskan jualan Persatuan Peniaga PROTON EDAR Malaysia dengan teruknya, dengan hanya 30 peratus pemohon memperoleh pinjaman dalam dua bulan pertama tahun ini.

 Presidennya, Armin Baniaz Pahamin berkata, pertumbuhan industri automotif bergantung kepada keupayaan pelanggan mendapatkan pembiayaan untuk membeli kereta.

"Jika langkah ini tidak dikaji semula, industri automotif kita, yang menyokong pertumbuhan ekonomi, akan beransur-ansur runtuh, kerana purata penduduk Malaysia tidak berupaya memenuhi garis panduan ini,” tegas beliau.

Dalam satu kenyataan hari ini, persatuan itu berkata, BNM sepatutnya menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan bank untuk menyediakan pembiayaan kepada pembeli dan mengadakan prosedur pematuhan yang seragam untuk menjadi rujukan kepada orang ramai apabila membeli kereta.

Armin juga berkata, garis panduan baharu itu akan memberi laluan kepada kewujudan “along” dan “ceti” haram serta menggalakkan kewujudan penduduk yang tidak produktif dan menurunkan kadar kelulusan pinjaman kenderaan.

"Apabila bank mengambil langkah yang lebih ketat, ia memberi peluang kepada pertambahan bilangan along dan ceti haram, sedangkan mereka ini sudahpun bermaharajalela walaupun sebelum garis panduan ini diperkenalkan lagi,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment