My Add

Wednesday 22 February 2012

Keputusan kes Seksualiti Merdeka Mac depan

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Februari, 2012: Penganjur program Seksualiti Merdeka 2011 akan mengetahui sama ada permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi mengisytiharkan bahawa keputusan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ibrahim yang mengharamkan program itu dan acara-acaranya sebagai batal dan tidak sah, akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 1 Mac depan.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu di kamar beliau selepas mendengar hujah bantahan awal oleh Peguam Kanan Persekutuan, Noorhisham Ismail berhubung permohonan penganjur program untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman dalam usaha mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara pada 3 November 2011.

Dalam permohonan yang difailkan pada 9 Disember tahun lalu penganjur program itu mendakwa, Khalid membuat keputusan itu secara salah faham tanpa mengetahui fakta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment